Powered By Blogger

Wednesday, November 17, 2010

Hari Raya Aidil Adha

SALAM AILDIL ADHAbuat semua sahabat yg kenal diriku.... serta buat semua penulis...teruskan perjuangan kalian dalam memartabatkan sastera agung kita... alhamdulillah.. hari ini.. 10 zulhijjah 1413 hijriyyah bersamaan 17 november 2010, eid adha atau hari raya haji /korban diraikan bersama semua umat Islam. Namun, apa yg aku ingin bicarakan bukan berkaitan pengorbanan, cuma ingin titipkan secebis kisah yang berlaku pada hari yg penuh bersejarah ini.... pertama, aku ingin bersyukur kepada Ilahi kerana dengan Iradatnya, aku semakin sembuh... berkat sokongan dan doa semua saudara dan sahabiahku... oh, hampir shj aku terlupa... kak long bersama suami dan puterinya, amni damia pulang... senang sekali aku melihat wajah ria bonda menyambut cucunya... dan, amni damia nampaknya semakin cerdik dan petah... dan paling membanggakan, dia sudah pandai membuang hajat di bilik air berkat motivasi bondanya untuk menghantarnya ke tadika tahun hadapan... saat kak long dan abg long ingin pulang, tiba tiba kak long khabarkan pada bonda tentang belahan jiwaku.... berdebar hatiku tuhan sahaja yang tahu, kerna aku khuatir bonda akan memarahiku.. alhamdulillah, bonda dan ayahnda positif, cuma bimbang.. dan nyatakan kepadaku untuk bertemu empat mata dengan yang empunya diri jika si dia ternyata serius... bonda pun bertanya tentang mantan kekasihku, namun aku cuma beritahu bahawa aku sletih dan sudah letih dan culas hendak berfikir tentangnya.. dan untuk teman yang baru ini, sekarang masih dalam proses taaruf...
sebaik sahaja malam menjelma, aku dikejutkan lagi...kali ini dengan panggilan daripada si dia ke telefon rumah.. kebetulan waktu itu bonda dan ayahanda sudah nyenyak tidur keletihan.. :) nyata dia turut merasa getarnya kerisauan dalam jiwaku.. dan tambahan pula.. aku langsung tidak menjawab panggilannya semenjak petang... ternyata si dia begitu menyayangiku..belum pernah aku merasa keharuan begini..sejak rasa cinta itu padam dalam jiwaku beberapa waktu dulu............
p/s : alhamdulillah......... :)

1 comment:

Nadlie Nazrien said...

Cerita Yang Agak Menarik...Ayat Tersusun...Cuma Kesinmabungan Jalan Cerita Itu...hmm Apakah ceritanya?