Powered By Blogger

Wednesday, August 20, 2008

kisah ku bermula di sini......

assalamualaikum, agak lama saya tidak menulis di blog ini, rentetan hambatan masa sebagai jururawat pelatih di kolej kejururawatan melaka. Oh ya, hampir terlupa saya..sebenarnya saya mempunyai khabaran gembira iaitu saya mendapat tawaran belajar sebagai jururawat pelatih di kolej kejururawatan melaka, tajaan KKM. Syukur tidak terhingga, walaupun saya tidak nafikan lanmgsung tiada benih cinta terhadap jurusan ini, namun Tuhan Maha Kuasa, saya semakin jatuh cinta terhadap bidang dan jurusan ini. Iya, mungkin saya cenderung kepada sesuatu yang bersifat keindahan dan kelembutan. Seperti kata seorang pengajarku di sini, "Kamu semuaadalah seperti berlian yang bersinar di antara ribuan butir pasir yang berdebu".